Mini gallery sunnah.

Lelaki tidak boleh bertocang.
.
Soalan :
Saya berambut panjang paras bahu. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah. Saya mengikat rambut supaya ia kelihatan lebih kemas. Ketika berjalan bersama rakan di Masjid Nabawi, saya dimarahi oleh pegawai yang bertugas kerana mengikat rambut dan mengarahkan saya melepaskan ikatan. Bolehkah ustaz jelaskan kenapa saya disuruh berbuat demikian.
.
Jawapan :
Dalam Kitab Mukhtasar Shamail Tirmizi ada membincangkan tentang rambut Rasullullah S.A.W. Dalam kitab tersebut ada menyebutkan bahawa Rasullullah biasanya berambut panjang dan adalah haram bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.
.
Rasullullah telah melaknat orang lelaki yang melakukannya iaitu cuba menyerupai wanita. Jadi, tidak dibenarkan bagi orang lelaki untuk memakai tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.
.
Maka, di sini jelas bahawa pegawai di Masjid Nabawi itu melarang anda melakukan perbuatan haram tersebut. Moga disini sidang pembaca dapat memahami dengan jelas tentang persoalan ini.
.
.
Sedutan dari TanyaUstaz bersama Ustaz Muhamad Riduan Zainal Abidin di Jumaat.
.
Soalan : Berapa panjang kesesuain rambut lelaki yg di bolehkan ?
.
Daripada Anas yang menceritakan :
“Rambut Rasullulah mencecah dua bahunya”
~ Sahih al Bukhari
.
Tetapi, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang2 fasik kerana Nabi s.a.w bersabda ;
“Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka”
~ Riwayat Imam Abu Daud
.
Soalan : Bolehkah lelaki megikat rambut/tocang/sanggul ketika solat ?
.
Daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya sabda Rasullulah S.A.W :
“Aku telah diperintahkan(oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yg utama termasuk dahi. dan beliau pada masa yg sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya(menggulung/melipat) pakaian.”
~ Riwayat Muslim
.
Soalan : Kenapa tak boleh tocang/sanggul/ikat ?
.
Rasullulah bersabda :
“Itu ( ikatan rambut) adalah tempat syaitan.”
~ Hadis riwayat Abu Dawud
.
Imam Tirmidzi berkata : “Inilah yg berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kau lelaki solat dengan rambut terikat”.
.
Sesiapa yg solat dengan rambut terurai ke lantai ketika sujud, ia akan dapat pahala sujud dengan rambut terurai ke lantai. ini sbb ia merendahkan kedudukan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.
.
Soalan : Kalau tolong bukakan ikatan lelaki yg bertocang semasa solat ?
.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat ‘Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bankit dan menguraikan ikatan rambutnya.
.
Lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata ; “ada apa dengan rambutku ?”
Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, ” Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat”.riwayat muslim,abu daud,an nasai.hukumnya makruh bagi lelaki mengikat rambut ketika solat.
.
Soalan : Sah atau tak solat lelaki yg berambut panjang melepasi bahu ke pinggang ?
solat tetap sah. haram penampilan menyerupai wanita.
.
Daripada Ustaz Azhar Idrus :
Soalan : Apakah hukum mengikut rambut ketika solat dan diluar solat.
.
Disebutkan dlm kitab2 fekah, Sunat utk melepaskan rambut didalam dan diluar solat.
Ketika sujud, rambut2 tersebut akan turut sama bersujud. Jika rambut terikat, rambut tersebut tidak sujud. Menyalahi melebihi utama jika ikat rambut.
.
Kepanjangan rambut lelaki setakat bahu sahaja dan jangan merupai perempuan.
Wallahua’lam..
.
Kredit : Galeri Buku Sunnah

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started